Soalan Lazim

Berapa kos satu SMS (pesanan teks)?
Itu bergantung pada panjang SMS dan rangkaian. Satu SMS berharga 1 SMS-kredit untuk 160 simbol pertama dan jumlah sama untuk setiap 150 simbol seterusnya, ke kebanyakan negara dan rangkaian. Sila lihat Harga & Liputan bagi angka sebenar untuk rangkaian dan negara anda.

Adakah terdapat sebarang kos bulanan?
Tidak. Tiada kos bulanan dan tiada jumlah minimum SMS yang anda perlu kirim. Di SMSmail, anda hanya bayar untuk SMS yang anda kirim. Walaupun jika anda memilih pilihan langganan. Anda hanya bayar sekali dan akan menerima SMS-kredit anda setiap bulan. Kad kredit anda tidak akan dicaj lagi.

Adakah saya memerlukan perisian tambahan untuk menghantar SMS melalui e-mel?
Tidak. Anda tidak perlu memasang sebarang perisian tambahan. Di SMSmail, anda boleh mengirim SMS menggunakan program e-mel kesukaan anda. Sama seperti menghantar e-mel.

Berapa cepat SMS saya diterima?
Selalunya, dalam beberapa saat tetapi bergantung sepenuhnya pada rangkaian di negara anda. Sistem kami menghantar SMS anda sebaik saja diterima.

Adakah saya akan menerima pemberitahuan penghantaran setelah SMS saya diterima?
Ya, jika anda mahu. Setelah SMS anda dihantar, anda akan menerima pemberitahuan penghantaran melalui e-mel. Pemberitahuan penghantaran berharga 1/4 SMS-kredit bagi setiap pemberitahuan. Pemberitahuan penghantaran boleh dihentikan di bahagian tetapan akaun anda. Tidak semua negara dan rangkaian membenarkan pemberitahuan penghantaran.

Berapakah bilangan nombor (telefon mudah alih@smsmail.com) yang boleh saya masukkan ke dalam satu e-emel untuk sms pesanan?
Anda boleh mengirim seberapa banyak pesanan SMSmail yang mampu diuruskan program e-mel anda secara serentak. SMSmail berfungsi sama seperti e-mel.

Bolehkah saya menghantar e-mel baru ke hadapan ke telefon mudah alih saya sebagai SMS?
Ya. Anda boleh menerima e-mel anda sebagai SMS. Ikut arahan di bawah penghantaran E-mel ke SMS di bahagian log masuk.

Adakah SMS-kredit yang dibeli mempunyai tarikh akhir?
Kredit bulanan akan diisi semula setiap bulan pada tarikh pembelian. Kredit bulanan yang tidak digunakan tidak akan dibawa ke bulan seterusnya. Kredit biasa tidak mempunyai tarikh akhir melainkan anda langsung tidak mengirim satu SMS pun selama satu tahun kalendar.

Adakah terdapat sebarang kos tersembunyi? Seperti sebarang kos yang pengendali saya mungkin kenakan untuk mengirim atau menerima SMS dari SMSmail?
Tidak, tiada kos tersembunyi. Sama seperti mengirim dan menerima SMS biasa. Jika anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan kami atas sebarang sebab, kami akan mengembalikan wang anda.

Berapa panjang had SMS saya?
Satu SMS boleh mengandungi sehingga 1380 simbol 7-bit (cth. Bahasa Inggeris) atau 600 simbol 16-bit (cth. bahasa Cina). Satu SMS berharga 1 SMS-kredit untuk 160 simbol pertama (70 bagi 16-bit) dan jumlah sama untuk setiap 150 simbol tambahan (67 bagi 16-bit), ke kebanyakan negara dan rangkaian. Sila lihat Harga & Liputan bagi angka sebenar untuk rangkaian dan negara anda.

Apa itu ID Pengirim?
ID Pengirim adalah nama yang muncul pada telefon mudah alih penerima pesanan anda. ID Pengirim memaklumkan penerima siapa yang mengirim SMS.

Boleh saya pilih ID Pengirim selain daripada nombor telefon mudah alih saya?
Ya, anda boleh memilih sebarang ID Pengirim yang anda mahu. Contohnya: peristiwa, nama syarikat, nama domain… Anda boleh ubah ID Pengirim anda di bahagian tetapan sekerap yang anda mahu. Penetapan ID Pengirim sendiri tidak ada di semua negara dan rangkaian.

Bantuan